Pekerja Binaan Terkorban dalam Kemalangan di Projek Pembinaan LRT


Khamis, 20 Sep 2012 - Seorang pekerja binaan, Mohammad Hanafi Abdullah, maut dalam satu kemalangan di tempat kerja di projek penyambungan jajaran LRT Laluan Ampang berdekatan dengan PPR Taman Muhibbah di Puchong.

Kejadian berlaku pada pukul 11.20 pagi dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP) sedang menjalankan siasatan terhadap punca insiden berkenaan, jurucakap BinaPuri Tim Sekata JV, yang menjadi kontraktor utama projek berkenaan.

Menurut jurucakap berkenaan, Kenny Tiew, mangsa yang berusia 23 tahun itu tersepit antara tiang dan palang pelancar galang segmen kekotak dan dijumpai dalam keadaan pengsan.

“Pasukan Tindakan Kecemasan telah memberikan bantuan pernafasan dan dapat menyedarkan semula mangsa. Tetapi, mangsa kemudiannya, mengalami kompilasi dalaman sejurus sebelum meninggal dunia. Mangsa adalah pekerja sub-kontraktor kepada BinaPuri Tim Sekata JV,” tambah Kenny, yang bertugas sebagai Pengurus Pembinaan projek berkenaan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik 1Malaysia PPR Taman Muhibbah, yang terletak berdekatan dengan tempat kejadian.

Ekoran dengan insiden itu, kerja-kerja pembinaan diberhentikan sementara menunggu JPPK menamatkan siasatan mereka, tambah Kenny.

No comments:

Post a Comment